Saturday 9 February 2019

PELANCONGAN UMRAH

Dalam ibadah dan kerja-kerja kebajikan semua pelaksanaannya mestilah mengikut kaedah dan aturcara yang digariskan oleh syariat, tanpa kaedah ia menjadi sia-sia dan batal.

Sepertimana juga ibadah Umrah, ianya menjadi ibadah yang amat besar ganjaran dan fadhilatnya.
Tetapi ia bertukar menjadi sia-sia bilamana ia dilakukan dengan niat keduniaan.

Diantara salah laku dan niat yang sering dilakukan oleh masyarakat adalah seperti berikut:








1).  Orang-orang jutawan dan hartawan akan berkunjung Ke Makkah dan Madinah dengan tujuan pelancongan.

2).  Mereka-mereka yang ahli perniagaan akan mengambil kesempatan ibadah umrah ini dengan mengembangkan industri perniagaan mereka.

3).   Ada juga golongan yang gemar pergi ke Makkah dan Madinah dengan tujuan mendapat lebih ganjaran dan kemasyhuran namanya dan untuk dibanggakan.





4).   Ada juga golongan yang mengambil kesempatan ibadah umrah ini dengan menawarkan perkhidmatan dan kemahirannya dalam masa yang sama menceduk seberapa banyak keuntungan.

5).  Akhir sekali ada satu golongan orang miskin yang mengambil kesempatan untuk meminta sedekah.

Inilah diantara ciri-ciri kegagalan dan kerosakan dalam ibadah umrah yang akhirnya mendapat kerugian.





Tuesday 4 September 2018

HAKIKAT DAN REALITI ISLAM DIAKHIR ZAMAN

" Dimulai Islam itu dagang dan akan kembali dagang, bertuahlah mereka yang berada di zaman dagang" Al-Hadis.





Kebenaran Hadis ini d baca dan dipersetujui oleh semua umat, tetapi sejauh mana keyakinan dan kebenarannya setakat ini kurang diperkatakan.

Ini disebabkan kurangnya penjelasan dari ulama' atau mungkin juga kita tidak dapat terima kenyatan hakikatnya. Ini jelas dapat dilihat melalui kurangnya persiapan dan dilihat semakin ganas umat Islam berusaha  bersusah payah  untuk mencari keagongan kuasa.


sentiasa dalam suasana Agama




Berita yang kita terima.
Iman Umat Ku diakhir zaman macam kulit bawang.
Umat Ku di akhir zaman hidup berpecah belah.
UmatKu akan ikut rentak Yahudi setapak demi setapak sehingga kelubang biawak.
Peperangan dan pembunuhan sesama sendiri.
Kawan di sebelah tidak boleh dipercayai.
Mengambil orang fasiq dan jahil menjadi ketua.

Dan banyak lagi kebenaran kata-kata Rasul menjadi kenyataan, tetapi umat Islam terus mencuba dan berusaha agar apa yang Rasul cakap itu tidak berlaku.

Kalau kita perhatikan akhlak dan budaya kehidupan umat Islam hari ini bagaikan tidak ada undang- undang Agama mengawal mereka. Percampuran bebas, berpakaian menjolok mata, lelaki menyerupai perempuan, perempuan menyerupai laki-laki, maksiat, joget, disco, minum arak dan berbagai-bagai kerosakan moral dan akhlak Islam berlaku secara terang-terangan.

Alangkah hinanya dan malunya kita kepada Allah yang mana segala-galanya berlaku di zaman kita dan kita tidak berupaya membanterasnya.


Tempat tinggal yang nyaman dan selesa
Banyak juga kita dengar para dai', dan alim ulama' berkerja keras kehulu ke hilir dengan mengorban kan wang ringgit yang bukan sedikit tetapi kesannya tidaklah begitu membanggakan.

Kalau pun ada negara Islam bangun menegakkan Islam tetapi negara yang bukan Islam atau blog Barat akan bangkit menentang Islam habis-habisan dan kita terkulai.

Negara-negara Islam pula hidup dengan bersendirian dan tidak pernah menunjukkan sikap bersatu padu dan setia kawan.

Ini hakikatnya Islam di penghujung zaman.

Bagaimana jalan keluarnya?
Mana Ulama' pembimbing Ummah?
Mana cerdik pandai Islam?
Mana Pemegang kuasa?
Mana Panduan dan ikutan yang diperkenalkan oleh ahli agamawan?
Mana mana mana dan bagaimana?
Bila bila sampai bila?
Kemana? arah mana? mana!!!!!!!!!! dimana??????
Terpulanglah kepada anda untuk memberi jawaban.

Dalam hal inilah maka sebuah THAIFAH yang kecil dan jamaah yang sederhana perlu dibentuk.
Hiduplah dibawah satu bimbingan Guru melalui satu kaedah berjamaah.
Kita kekalkan solat berjamaah dan berkerja sama antara satu sama lain.
Kita hidup berkasih sayang.
Kita hidup bagaikan satu keluarga.
Alangkah bahagianya boleh mengamalkan Islam dengan selesa.

Sesiapa yang ingin belajar agama, Ilmu dan Akhlak Islam ayuhlah bersama kami.

Sesungguhnya zaman kehancuran sedang berlaku dan kita adalah mangsanya.

KAMI BANGGA DENGAN PONDOK KAMI.
KAMI RASA NIKMAT BELAJAR DI PONDOK BAITULDHUYUF.

Inilah saja jalan yang terbaik yang kami telah lalui sebagai perjuangan untuk terus menghayati Islam agama yang tercinta.


Salam, dan jumpa lagi.

Sunday 2 September 2018

BAHAYA ILMU YANG TIDAK DI REDHAI

Kita banyak mendengar dan mengikuti kuliah-kuliah agama samaada di masjid, di pejabat, di dewan serbaguna atau di kaca TV. Dalam masa yang sama kita tidak pernah terfikir Ilmu siapa yang dia bawa atau siapa yang mengizinkan dia mengalirkan Ilmu itu.





Kadangkala kita terlepas pandang si penceramah itu sebenarnya telah mengambil Ilmu pengetahuan  melalui bacaan buku-buku yang dibeli dikedai-kedai buku, melalui tatapan telinga disiaran-siaran radiao atau TV, melalui program-program ceramah agama dan sebagainya. Kadang-kala juga paling merbahaya sekali melalui pengkajian akal fikirannya yang dipetik dari kitab-kitab tafsir.

Ada juga yang memang melalui pengajian pondok atau berguru khas tetapi Ilmu yang diambil tidak diredhai oleh gurunya dek kerana durhaka atau melakukan salah laku dan melanggar adab murid ketika menuntut Ilmu.


tadarrus di masjid Nabawi



Pengambilan Ilmu hendaklah dikutip melalui sistem pembelajaran khas yang digelar TAKLIMUL MUTAALIM, iaitu adab dan kaedah menuntut Ilmu.

Diantara kaedah-kaedah itu ialah:

1).   Persetujuan dan keizinan  dari guru untuk menjadi muridnya.
2).   Perkhidmatan dan kesetiaan kepada guru pantang sekali unsur durhaka.
3).   Tidak melakukan maksiat dalam masa menuntut Ilmu.
4).   Tidak ada keraguan dan waswas terhadap guru dan kebenaran Ilmu.
5).   Sentiasa mengikuti adab-adab dan syarat-syarat yang diberi oleh guru selagi tidak melanggar syariat.
6).   Mengambil masa yang agak lama dan tidak tergesa-gesa.
7).   Guru yang mengajar tidak terlibat dengan upahan tetap atau makan gaji.
8).   Guru Mursyid.
9).   Niat menuntut Ilmu mencari keredhaan Allah.

Ini adalah diantaranya yang saya utarakan sebagai panduan, ianya jauh lagi dan banyak hal yang perlu dipatuhi.

Andai kata kaedah ini diabaikan atau tidak menepati syarat-syarat penurunan Ilmu Islam maka dikhuatiri berlakunya hilang keberkatan dan Ilmu yang dipelajari sia-sia dan tidak dapat diamalkan.

Untuk penjelasan terperinci dalam hal selok-belok MENUNTUT ILMU ada dirakamkan dalam kitab TAKLIMUL MUTAALIM sebagai rujukkan.

  




Friday 31 August 2018

UZLAH DAN RAHSIANYA YANG TERSIRAT

Ramai orang tidak dapat maklumat sebenar rahsia dan faedah uzlah, ramai dikalangan kita meragui, syak,dan menuduh yang bukan-bukan kepada amalan uzlah.

Uzlah ialah satu amalan yang menjadi teras dalam sistem suffi, ianya juga menjadi budaya dan keutamaan kepada para Alim ulama' dan guru-guru agama dan Thariqat.

Uzlah maknanya mengasingkan diri atau menjauhkan diri dari kesibukan dunia dan gangguan dari cengkaman kerja dan kesibukan duniawi. Masa yang diambil untuk melakukan amalan uzlah tidak ditetapkan dan ia berlaku mengikut kesesuaian masa dan waktu yang sesuai terhadap diri masing- masing.

Uzlah ini juga bukanlah satu kewajipan syarak atau kefardhuan dalam Islam ia merupakan amalan contoh dan sunnah yang tidak bertulis. Walaubagaimana pun ia sudah berlaku dan tercatat dalam sejarah kerasulan dan perjalanan para Anbia' yang tercatat dalam Al-Qur'an dan Al-Hadis.

Seorang ulama' suffi di Turki sedang menjalani amalan Uzlah.
gambar hiasan


 Para rasul, Anbia', Sahabat dan Ulamaulaamilin melakukan amalan uzlah, maka para ulama' sufi mengkaji, menghayati, dan mengamalkan uzlah dan didapati kesannya amat mena'jubkan.

Andapun bersetuju dalam kesibukan kerja, tugas harian dan bebanan kerja yang kita tanggung setiap hari adalah berat dan ia mesti ada satu masa rehat yang sesuai untuk mendapat ketenangan.

Dari kerana inilah maka kita perlu keluar uzlah untuk merehatkan beban pemikiran dan pembersihan hati melalui amalan uzlah.

Setelah selesai beruzlah anda akan kembali bertenaga dan selesa dalam menjalankan tugas dan beribadatlah dengan tenang.

Walaubagaimanapun uzlah dalam kaedah SUFISM mesti dipimpin dan ditunjuk ajar kaedahnya oleh seorang guru.

Andaikata anda tidak mahu melakukan uzlah samalah dengan anda terus bekerja dan tak mahu bercuti, seperti makan tidak mahu buang, seperti minum tak mahu kencing dan seperti memandu tak mahu rehat.

Nah sekarang marilah kita beruzlah dan memahami selok belok uzlah dengan sempurna..






Monday 13 March 2017

MADAH MADAH SUFI YANG PERLU DIFAHAMI

Kesibukan duniamu akan membawa kelalaian Akhiratmu oleh itu tenangkan dirimu dalam mengejar duniamu.


Tenangkanlah dirimu dalam mengejar duniamu.




Kejahatan seorang Alim akan membawa kebinasaan yang besar, paling bertambah parah apabila orang-orang jahil menjadi pengikut.

Ilmu yang dipelajari dari mulut orang fasiq bagaikan mengharap sembuhnya penyakit dengan meminum racun.


Sedang mempelajari bacaan Al-Qur'an


Kumbang yang menolak ketulan najis yang busuk akan mati bila disirami air mawar yang wangi.

Mencari orang-orang yang bertaqwa di hujung zaman bagaikan mencari seekor gagak berwarna putih.

Menyesal dengan dosa yang dilakukan adalah jauh lebih baik daripada berbangga dengan amal kebaikan yang dilakukan.

Seseorang akan dikenali melalui cakapnya oleh itu kurangkan cakapmu untuk merahsiakan kejahilan dirimu.






Kamu akan rasa penuh kebahagiaan bilamana  memiliki seorang isteri yang tidak meminta-minta.

Ketaatan kepada Allah dikira selepas ketaatan kepada Guru mu kerana Ilmu yang diambil dari nya adalah pemberian daripada Allah kepadamu

Jangan jemu dan kecewa mencari keredhaan Allah dan kasihNya didunia kerana perjanjian bertemu dan melihat Nya adalah di Syurga.

Tuntutlah Ilmu dan fahamilah isinya.
Amalkan perintah Nya dan tinggallah laranganNya.
Nikmatilah kemanisanNya dan kagumilah sinaran cahayaNya.
Pancaran cahayaNya akan menembusi Qalbumu.
Terbukalah rahsia siapa dirimu!!!!!!!!.








Monday 14 November 2016

PEMBENTUKAN SEBUAH JAMAAH ISLAM

Umat Islam adalah wajib berada dalam sebuah Jamaah Islam. Jamaah Islam yang gagah dan besar di namakan negara Islam. Jamaah yang lebih kecil dinamakan  THAIFAH.

Walaubagaimanapun kewajipan berada dalam sebuah Jamaah Islam adalah WAJIB. Nabi S.A.W. pernah bersabda mereka yang tidak berada dalam Jamaah bagaikan seekor kambing yang terkeluar dari kumpulan akan menjadi bahan santapan serigala.

Disini saya perturunkan kaedah atau ciri-ciri wajib dalam pembentukan sebuah Jamaah Islam;

1)   Seorang pemimpin yang Soleh( Alim)

2)   Ketaatan yang tidak berbelah bagi

3)   Keselarasan kefahaman

4)   Pengorbanan

5)    Keikhlasan



Mereka yang dipimpin hendaklah diberi perhatian dari sudut keIlmuan Agama



Guru atau sheikh yang memimpin hendaklah jujur dan tidak ada kepentingan peribadi.
Ilmu agamanya jelas dan tidak ada keraguan.

Apa yang teramat penting dalam hal pembentukan sebuah jamaah ialah penjelasan tentang tujuan dan motif pembentukannya adalah semata-mata mencari keredhaan Allah.

Menggariskan kepentingan Ilmu dan tunjukkan kepada mereka perjalanan Sunnah dan Syariat Islam.

Hendaklah berterusan dalam beramal dan melakukan segala ibadah dalam suasana terpimpin.
Beri peluang kepada yang lemah fikiran untuk memahami dan menghayati Islam dengan lebih sempurna dari semasa ke semasa.

2)  Murid atau mereka yang dipimpin hendaklah memberi ketaatan yang tidak berbelah bagi. Andai kata ada keraguan dari kalangan murid-murid, hendaklah diperjelaskan dengan sebaik mungkin dan andaikata ia berlainan pendapat dan menentang maka mintalah ia keluar dari halaqat pengajian dengan cara terhormat.

Ketaatan amat perlu dalam semua gerakkan Islam dan pertubuhan kerana kegagalan pengikut dalam memberi ketaatan akan menghancur-leburkan sesuatu jamaah mahupun sebuah kerajaan.

Adapun hal ketaatan dan perjanjian setia ini sudah menjadi budaya dalam semua Institusi sejak zaman Rasulullah lagi dan ia dikenali dengan BAI'AH.

3)  Dari segi kefahaman Islam hendaknya jangan ada yang meragukan, ianya hendaklah jelas dan berpandukan kitab-kitab muktabar. Pastikan dari segi tauhidnya melalui aliran fahaman Abu Hassan Al-Ashaari, dari segi fekahnya Aliran mazhab Imam Al-Syafie, dari segi tasawwufnya melalui aliran fahaman Imam Al-Ghazali.

Pegangan dan aliran mazhab ini amat penting untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan yang merugikan semua pihak.



Kekuatan Islam hanya boleh dibina melalui kesatuan hati dan fikiran

 4)  Pengorbanan adalah diantara ciri penting yang perlu dititikberatkan.Sheikh perlu mempastikan tidak ada pembaziran harta dari kalangan orang bawahan malah ianya perlu diawasi agar harta dan pendapatan yang dicari tidak membawa kebinasaan pada diri sendiri.  Dari sini aturkan projek yang membentuk kearah saham akhirat seperti membina masjid, membina pondok tempat belajar, asrama, membeli keperluan asas seperti kitab-kitab, membina jalan persekitaran pondok pengajian, jambatan dan sebagainya.

Barang harus diingat banyak dari kalangan manusia akan jatuh cinta dan amat sayang kepada hartanya oleh itu pimpinlah mereka dalam urusselia hartanya supaya tidak membawa kepada kebinasaan dan akhirnya terperangkap dalam mengejar harta dan kedunian sampai membawa kepada kebinasaan diri dan agama.

Dalam hal ini perlu di organise satu perancangan besar dalam pembinaan Harakah, tempat belajar yang sempurna dan pembinaan empire Jamaah yang tersusun rapi.

Disinilah mereka boleh menggunakan segala kemahiran peribadi, kekayaan, pangkat dan kedudukan ditempat yang sebenar.

Secara sedar dan tidak sedar mereka telah menggunakan kekuatan dunia yang dimiliki untuk mendapat keredhaan Allah yang dicari.

5)  Keikhlasan

Keikhlasan ialah syarat dan dasar dalam semua ibadat dan urusan kita dengan Allah. Andaikata keikhlasan tidak wujud dalam kamus seorang hamba dengan Allah maka segala pengorbanan dan ibadat sudah tidak berguna lagi.

Barang harus diingat andaikata anda gagal dalam menyediakan  syarat-syarat ini jangan hendak menegakkan negara Islam malah untuk mewujudkan sebuah thaifah kecil pun tidak akan tercapai.





  




Friday 12 February 2016

JERANGKAP SAMAR IBLIS MENGENA

Anda dan saya adalah antara penghuni bumi dipenghujung zaman. Ini bermakna kita berdepan dengan satu zaman kehancuran dan zaman fitnah. Andai kata anda tidak memiliki kayu pengukur dan pemimpin yang mursyid anda juga akan kecundang.

Dalam hal Akidah saya rasa majoriti setuju yang mana semua dikalangan umat Islam tidak lagi tahu perbezaan yang mana WAHABI, yang mana SYIAH, yang mana QADARIAH, yang mana JABARIAH, yang mana MUKTAZILAH, yang mana MUJASSIMAH, yang mana MUFARRIDAH; semuanya sama dan betul belaka
الله اكبر

 Dalam hal Mazhab pula kebanyakan dikalangan kita tidak lagi dapat membezakan yang mana mazhab SYAFIE, yang mana mazhab HANAFI, yang mana mazhab MALIKI dan yang mana HANBALI semuanya sama dan boleh dipakai semuanya yang akhirnya menjadikan kita bermazhab SERBABOLEH.

Bagaimana dan bilakah terjadinya perkara ini tidak dapat dikesan oleh pakar pengkaji sejarah. Lebih malang lagi semuanya mengaku berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Waljamaah.

Apabila ada dikalangan cerdik pandai Islam mengambil pendekatan mentafsir dan memahami dalil Umum Al-Qur'an dan dalil Umum Al-Hadis dengan akal fikirannya maka sudah pasti akan berlaku pertembungan fikiran dengan yang lain maka berlakulah peperangan IDEOLOGI yang amat merbahaya.


Sedang belajar Al-Qur'an dalam masjid



Sebenarnya semua pertelingkahan sudah selesai, permasaalahan telah ada keputusan cuma kita penghuni dunia akhir zaman diharuskan mengikut dan berpegang kepada MAZHAB dan keyakinan pegangan yang menjadi pilihan.

Dari sini terbentuklah fahaman Syiah berbahagia dengan Syiahnya, fahaman Wahabi berbahagia dengan Wahabinya, fahaman Mujassimah berbahagia dengan Mujassimahnya, fahaman Qadariah berbahagia dengan Qadariahnya.

Sebaliknya apabila cerdik pandai dari kalangan Ulama' moden bangun membawa dan menjual buah fikirannya dan dibantah pula oleh ulama' yang lain maka berlakulah pergaduhan dan boleh membawa kepada peperangan.

Jalan keluar yang paling bijak ialah kembali kepada fahaman dan pegangan asal yang diwarisi oleh Ulama' muktabar silam yang mashyur dan terkenal, ilmunya yang tinggi dan syahsiah diri yang mulia.

Dalam hal yang sama amalan-amalan ini sudah berlaku berabad-abad lamanya dan anda yang baru hidup setahun jagung tidak perlu meraguinya kerana tidak cukup syarat untuk menentang keilmuan dan kebijaksanaan mereka.

Saya contohkan seperti amalan membaca Yaasin malam Jumaat, amalan membaca berzanji, amalan Maulidur Rasul, amalan ziarah kubur, amalan bertawassul, amalan berzikir dan sebagainya sudah selesai dibahas dan tidak ada keraguan tentang keharusannya. Jadi bila ada ulama' yang cuba mempertikaikan amalan ini saya percaya akan ditentang sehingga keakhirnya.

Kalaupun ada yang cuba mempertikaikan amalan ulama'-ulama' silam yang sudah termashyur maka anda harus ingat anak-anak muridnya masih hidup.

Kesimpulannya ilmu yang ada pada ulama' muda atau ulama' akhir zaman tidak setanding debu di tapak terompah TOK KENALI.

Waspada jerangkap samar Iblis mempelagakan umat Islam sentiasa terbuka.